Monday, March 23, 2009

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Blog Sekolah Agama Kampung Pulai. Laman blog ini diwujudkan bertujuan sebagai saluran penyebaran informasi terkini mengenai aktiviti dan kegiatan SA Kampung Pulai bagi faedah semua pihak terutamanya warga SA Kampung Pulai.Pewujudan blog ini adalah merupakan satu titik tolak bersejarah bagi SA Kampung Pulai yang ingin memajukan konteks pendidikan agar selari dengan perkembangan ICT. Selaras dengan ledakan ICT yang semakin pesat, SA Kampung Pulai juga tidak ingin ketinggalan dengan cara melahirkan laman blog sendiri sebagai tanda bahawa warga SA Kampung Pulai bersedia dalam membimbing anak bangsa ke arah pembentukan komuniti berilmu dan celik IT.

Selain daripada itu, laman blog juga dilihat sebagai satu instrument terbaik dalam mendekatkan masyarakat dan pelajar dengan menggunakan kemudahan Internet.Kami amat mengalu-alukan sebarang maklumbalas yang berupa pandangan, cadangan dan komen membina yang berkaitan demi menaiktaraf perkhidmatan kami sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa.

Diharapkan dengan maklumbalas daripada pelawat laman blog ini akan mendorong supaya SA Kampung Pulai dapat berkhidmat dengan lebih baik dan mencapai kejayaan ke taraf terunggul yang cemerlang dan gemilang.

Selamat mengunjungi laman blog kami. Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh